Thursday, 20 March 2014

SHOPPING DI VIETNAM, 7-9 MAC 2014 : HEAVEN FOR GIRLS!!


Salam,

7-9 Mac lepas saya, ibu dan adik ke Ho Chi Minh (HCM), Vietnam untuk membeli belah. Hehe, sebenarnya temankan ibu saya yang memang ada perniagaan kecil-kecilan di kedai kat kg. Nak menambahkan stok raya.


Yang menariknya, ini 1st time kami ke sana. Itinerary pun singkat sahaja, 3 hari 2 malam. Tapi kami sampai ke sana awal pagi, pulang jam 8 malam. So cukup maa untuk shopping sahaja. Kami langsung tak pergi jalan2 atau ke terowong Chu Chi ke Sg. Mekong ke..

Saya sharekan di sini pengalaman kami untuk memudahkan kawan2:

TIPS 1: Hotel

Nak mudah duduk je di area District 1, diorang panggil Malaysia Street. Jalan yg ada Hotel Pink Saigon 2, Hotel Thanh Thu dan Hotel Huong Loung ke apa namanya. Opposite jalan, Kedai makan Hjh. Basiroh, Kedai Makan 1Malaysia and lagi satu kedai saya lupa nama. Kenapa? dari sini mudah nak kemana-mana. Seberang jalan besar ialah Pasar Benh Thant, nak ke Pasar Benh Thay pulak naik bas dari stesen yg dalam 500m jalan kaki. Senang banget..


Saya stay di Thanh Thu baru-baru ini. Dalam RM100 semalam. Tiada breakfast. Bilik katil double, toilet ok, aircond ok cuma bilik agak sempit. Tiada coffee making facilities. Macam hotel bajet tetapi dengan toilet, katil dan TV yg selesa. Alat penimbang ada disediakan di lobi.

Staf di reception very2 nice and helpful. Komputer di hotel ini not working, so saya tumpang check in dan print di Hotel Hoang di sebelahnya. Hotel ini besar.



TIPS Tambahan - Tukaran Wang

Haa, tip utama yang saya nak kongsikan ialah tukaran duit. Semasa trip saya ke Vietnam, saya tukar duit RM kepada USD, sebab banyak advise dekat blog cakap lebih mudah. Dan sedikit tukaran kepada Vietnam Dong, hanya untuk cover duit teksi, makan dan tambang bas. Rupanya ia bukan tindakan yg bijak untuk saya. Kenapa? Kerana kadar tukaran di Vietnam lebih murah daripada di Malaysia. Kalau tak silap, waktu itu 
Di Malaysia - 1USD = RM3.30
Di Vietnam - 1USD = RM3.00 
Haa, hanya 30sen, tapi kalau kita tukar USD1000, bezanya dah RM300. So, depending on currency, ada masanya x perlu tukar banyak duit RM ke USD di Malaysia. Guna RM lagi bagus.. Pandai-pandai la kawan2 dapatkan maklumat sebelum decide.. 


TIPS 2: Membeli belah
Jangan beli di Pasar Benh Thant dulu, boleh singgah untuk try harga tapi jangan beli dulu. Pergi tengok di Chinatown atau juga dikenali sebagai Pasar Binhtay. Daripada pengalaman saya dan tanya2 pada org2 Msia yg ada, beza harga (yg paling murah kami dapat selepas puas bertekak) macam di bawah :

  Barang                         Pasar Benh Thant                Pasar Binhtay

 Sutera Vtnam (glitter)    RM39/sepasang                     RM 36/sepasang
 Lace dengan sequin       RM100/2 meter                     RM50/2 meter
 Cotton english           RM28-32/sepasang               RM 25-30/sepasang
 Beg luggage       RM110 (sz sderhana, kain)    RM150(besar, plastik),RM90cabin sz,plastik)


Pasar Ben Thanh- keluar hotel, pusing kiri dah nampak!!
Pasar Binhtay, juga dikenali sebagai Chinatown..
Nak ke Pasar Binhtay dari kawasan hotel mudah jer. Jalan lurus di sebelah kedai Basiroh, sampai simpang yg mengadap Benh Thant, ambil kanan, opposite jalan (2 jalan besar) dah nampak banyak bas. Cross ke sana, itulah Stesen Bas. Tunggu di Hentian tulis 1, naik bas No. 1, bayar VD5000. Pastikan guna VD note kecil. Turun stesen paling last. Perjalanan dalam 45 minit. Bas bersih tau!! impressive.. Sampai hentian last, kalau kita dalam tangga bas, ke kiri. Susur jalan sebelah kiri tadi, nampak kat tepi2 ada kedai jual buah pinang bergugus-gugus. Ntah untuk apa. kedai jual barang plastik la. Terus jer, bila ada simpang, ke kiri dan terus nampak bangunan Pasar Benh Thay. Kat tepi2 dah nampak banyak kedai dengan barangan yang melimpah keluar dari kedai. Jalan sesak sikit, tapi so far kami ok jer. Kalau x faham, tanya je diorang  Benh Thay, nanti dorang tunjuk arah. Ada polis yg pakai uniform hijau dekat Pasar Binhtay, so jgn risau..  Nak balik, pergi balik ke stesen bas tadi, ambik bas No 1 jugak , stesen last ialah Benh Thant. Mudah kann.. murah pulak tu. Dalam RM1.50 kot..


Jgn terkejut, hari ni kain lain, esok kain lain. Stok dtg hari2

TIPS 3 : Kedai best
Saya sebenarnya tak ada banyak maklumat pasal kedai best di Pasar Ben Thant. Pada saya it's try n error. bargain hard, kalau dapat harga range yg saya cakap tadi saya rasa good enough. Lagi pula saya tak keluar ke city melihat butik2 di sana. Saya cuma berlegar di kawasan hotel. Butik dekat deretan hotel pun harga masih best.
Kurung pasang English Cotton - RM28-32 sepasang
Alas meja bujur, kerusi 12 - RM140 - jenuh bargain, failed!!
Alas meja kopi - RM40


Adik saya cuba tempah baju kurung moden siap 24 jam, RM50 upah, hasilnya ROSAK!!! hahahah, nasib baik saya tak ambik risiko tu. Konon gambar kain kembang payung, siap baju kembang sejambak, takde payung2 dah.. pastu si owner kedai buat muka toye jer.. Adik saya malas nak outer2. Kalau saya, paling tidak bebel la sikit. Heee ;)




TIPS 4: Makan
Kopi ais yg slim.. 
Mudah saja, bawalah bekal makanan, . Makanan Halal di HCM sangatlah mahal.. Nasi lemak Hjh. Basiroh, satu pinggan dalam RM8, kopi ais dalam RM4, Mee Pho dalam RM8, Nasi putih dengan ayam dalam RM10. Lauk tengahari serius tak lalu... Mana tahan nak makan mee pho jer, (dah tu yg murah). So kami makan di Kedai 1Malaysia. Sedap boleh tahan la, tapi mahal. Baik Tomyam,  nasi goreng atau popia basah Vietnam , semua sepinggan/ satu hidangan RM20. Lunch kami last day berlaukkan 1 Mee Pho, 2 nasi putih, 1 telur dadar, 1 tomyam dan 1 sayur kangkung, 2 soft drink, 1 kopi ais jumlahnya RM100!! Haiyooo...
Popia basah yg kanan ni, ada udang, and sayur pudina.
Tak tahan..urghh
The famous Mee Pho/ Mee Daging

Silapnya kami langsung tak bawak bekalan dari Msia, not even Maggi. Huhuhu, sedih.. Oh ya, lagi pula kedai Hjh. Basiroh bukak lewat. Kita plan nak turun awal, nak naik bas ke Pasar Bent Thay tapi tersangkut sebab kedai belum bukak. Dalam pukul 8am kot baru bukak. Tu dah macam kul 9 kat Msia. Kedai 1Malaysia memang bukak lambat sikit, takda jual untuk breakfast.



TIPS 5: Lain-lain

- Bawa pisau lipat, so that boleh beli buah-buahan yg segar bugar. Jgn beli yg dah potong, diorang x basuh elok pun pisau tu, main celup2 je dalam air basuhan yang dah kelabu. 

- ATM ada kat dalam Kedai Serbaguna, selang 2 buah kedai kot dari kedai makan Hjh Basiroh atau Kedai 1 Malaysia. So jgn risau. 


- Bajet dari hotel ke airport naik van Vinasun hanya VD160,000. Murah jer.. Mintak pekerja hotel bayarkan terus kat driver teksi, so that dia x boleh tipu kita..



Hmm, hari ke-2 kami disini, dapat berita tentang kehilangan MH307. Yg katanya hilang di Vietnam tu. Peliknya malam sebelumnya tak ada pula hujan macam yang dikatakan. Apa pun, alhamdulillah penerbangan kami ke KL selamat..

Ok lah semua, berhenti di sini dahulu. Nanti-nanti kalau saya ada teringat apa-apa yang menarik saya akan update. Have a nice and safe trip semua..

39 comments:

  1. mahal la sis cotton rm28-32..dalam bn thanh rm24 jer....saya g dah 4x..mmg x pernah plak beli rm28.. ;)

    ReplyDelete
  2. Ya ker, bagus la kalau dapat yg lebih murah. Saya pergi tak beli pun kain pasang. Terus beli yg siap baju, dkt tepi hotel kat District 1 tu. Cotton lembik RM26 rasanya sepasang, yg cotton English RM30 kan.. TQ for the info, kalau ada next trip saya bargain sampai dapat harga tu. heee.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pegi tahun 2014, saya beli lbih kurg 13 pasang kain cotton di pasar ben thanh ngan harga sepasang dalam RM15

      Delete
  3. Saya boleh dapat rm21-25 di ben tanh....last 2month sy pergi....esk akn k sana lg...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yekew.wahh best laa..sy nk pi sne bln 12 ni gn mummy sy..sy nk beli borong..so bole la share sis :)

      Delete
  4. kalau pegi after raya, harga kain tu sama jer ke?

    ReplyDelete
  5. salam sis.. nk tnye normally kedai2 gune vietnam dong or dollar?? dgr kate kat vietnam kain murah.. next week sy ade trip ke vietnam.. so nk advice skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau shopping area ben than market kebykkan guna rm. Kalau shopping di saigon square dan russian market guna dong. Duit dong tak perlu tukar byk. Sama juga dgn duit usd.

      Delete
    2. saya hanya sekali ke HCM, di ben thant boleh guna RM, USD atau Vietnam Dong. to me, guna RM the best sebab tak rugi sebab pertukaran wang. tengok tips saya kat atas ..

      Delete
  6. terimakasih atas segala info yang dikongsi bersama.semoga allah berkati hidup sis dunia akhirat.amin

    ReplyDelete
  7. saya bercadang nak ke sana bulan depan. dah dapat idea untuk harga kain cotton. harus dapatkan rm21-rm25.hihihi...

    ReplyDelete
  8. Dear Ibumal,

    Sangat membantu ... terima kasih .. ada ambil sedikit info utk tatapan kawan2 ...

    ReplyDelete
  9. Salam smua harap kwn2 boleh suggest hotel terbaik kat Ben tanh..book atau redah je mana lg baik?insyaallah January 2015 ~zed~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel terbaik tu bergantung apa yg kita nak dan bajet. Klu x kisah dengan perabot hotel, bilik yg just nice untuk balik berehat, hotel yg saya stay ni OK. yg penting mesti di Disctrict 1. Saya suggest book awal esp klu kita di tempat baru 4 d first time. lepas penat mengejar flight, cari teksi, mesti tak nak fenin kepala kannn.. tepuk dada tanya selera ;)

      Delete
    2. Salam,
      Tumpang tanya..... Nak book hotel tu melalui Agoda atau Booking.com ke? Boleh tak kalau book terus melalui email?

      Delete
    3. Saya selalunya book awal. lebih mudah. Kalau hotel di Vietnam, x pasti how efficient is the hotel to reply thru email. Lagi pun kebanyakkan hotel di DIstrict 1 ni,hotel kecik jer. English pun x berapa faham.

      Delete
  10. Queen ann kt district 1 ben thant..book from agoda

    ReplyDelete
  11. salam..terima kasih atas infonye :)..saya nak tanya,kat sana pakai duit usd ke untuk beli barang? kalau pakai duit vietnam xboleh ke? atm kat sana atm bank apa ye?cimb bank boleh kelurkan duit ke kat atm tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok tips saya kat atas. untuk makanan, teksi dan bas, mmg pakai dong je. selebihnya, boleh guna RM, USD atau Vietnam Dong. to me, klu di ben thant guna RM the best sebab tak rugi sebab pertukaran wang. ATM machine yg dekat situ saya tak ingat la namanya dan x try.

      Delete
  12. Dinasihatkan pakai jer rm kat sana..cuma tukar duit vietnam untuk makan n transport jer...beli belah sume guna rm jer..senang nk tawar...

    ReplyDelete
  13. saya pun dpt RM23 je kat ben thanh...maybe cotton awak lagi kualiti kot...tp shopping sana mmg heaven...

    ReplyDelete
  14. Vd160000 dr hotel ke airpot per person ka camna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Per transport - mcm van. x kisah berapa orang pun..

      Delete
  15. senang tak nak dapat trasnport daripada airport ke hotel... berapa rate dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rate dari Airport ke hotel kena survey. Baru2 ni saya bayar di kaunter MaiLinh kena charge 300,000 VND walhal kalau dari hotel ke airport cuma 160000 VND (Teksi Vanisun).

      Delete
    2. to me, senang je. pergi je ke kaunter Taxi. sama macam kat KLIA juga. Tanya rate dulu, ada masa untuk fikir. Klu setuju baru bayar, ambik resit dan pergi ke kenderaan. Saya memang guna Teksi Vanisun

      Delete
  16. Saya stay kat bloom hotel.. Selesa memang selesa.. Nak makan pun mudah.. Ada nabil briyani tepi hotel..

    ReplyDelete
  17. Assalam..nak tanya..kalau nak tukar duit vietnam tu rasanya perlu tukar brapa byk..kalau tukar rm500 duit kita ok ker..or byk sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depend pada kita, nak guna untuk apa. Saya dah lupa kadar tukaran tu. Tapi, Halal food kat sana memang mahal. Saya bertiga makan tengahari nasi berlauk di Restoren 1Malaysia dah hampir RM100. So, RM500 xda la banyak sangat. Ce baca cerita kat atas, hihi -

      ... kami makan di Kedai 1Malaysia. Sedap boleh tahan la, tapi mahal. Baik Tomyam, nasi goreng atau popia basah Vietnam , semua sepinggan/ satu hidangan RM20. Lunch kami last day berlaukkan 1 Mee Pho, 2 nasi putih, 1 telur dadar, 1 tomyam dan 1 sayur kangkung, 2 soft drink, 1 kopi ais jumlahnya RM100!! Haiyooo...

      Delete
  18. assalam sis. saya nak interview sis pasal pengalaman buat mamogram tu blh tak? ini emel saya gustilala@gmail.com / 0162335969 whatsapp

    ReplyDelete
  19. pengalaman saya buat baju kat pasar bentanh.. hihi.. saya dan kawan. kawan mengamuk saya pula menangis. saya taknak ambil baju saya melainkan nak semula duit saya.

    saya kalau marah tahap gaban memang dah takle buat apa apa melainkan menangis dan duk diam diam. Risau tangisan berubah jadi amukan puaka heheheh.

    husband pujuk sampaila tokey kedai tu rasa bersalah dan datang semula kepada saya... bagi baju tu for free. dan izinkan saya ambil kain lain sebagai ganti.

    ReplyDelete
  20. Salam sis..nak minta advise..kalau bajet dlm 6-7k..patut beli kt kilang ke eh..n if kt kilang..Ade xkilang nearby yg sis boleh suggest?

    ReplyDelete
  21. Salam..Hubungi Abdolloh, seorang tourist guide muslim berbangsa Melayu Champa dan fasih berbahasa Melayu utk sebarang pertanyaan mengenai pakej secara ground atau sbrg lawatan di Ho Chi Minh (Mekong, Chu Chi Tunnels, tmpt2 shopping, kilang kain, tmpt2 menarik di hcm dll). Dijamin berpuas hati..

    No Hp / Whatsapp: +841269930648
    Fb: Loh Aeda
    Email: abdollohvet@gmail.com
    Blog: lohabdolloh.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Salam semua, maaflah lama saya tak jenguk blog. Sibuk dengan baby baru. yang bertanya notimportant tentang nak beli kat kilang, maaflah saya memang tak tau. saya baru pergi sekali, itu pun pakai redah jer. Tq juga pada yang kongsi info. seronok rasanya..

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Sana berbelanja guna dong or rm??

    ReplyDelete
  25. Hi Sis, nak tanya kat sana ada tak cotton pattern cute2..yg orang sini jual panggil high quality grade AAA cotton

    ReplyDelete
  26. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  27. Nak beli seluar track adidas.. hehe.. ade ternmpak.x kat pasar mane? Bru dpt tau peniaga banyak amik sana tp claim made in Malaysia.. huhu

    ReplyDelete